+603-9107 4950
sales@pakai.com

Majlis Anugerah Premis Bersih | Premis Makanan dan Tandas Awam 2022


Pakai Industries Berhad telah menerima jemputan ke Majlis Anugerah Premis Bersih Bagi Premis Makanan dan Tandas Awam 2022. Program ini telah diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada jam 9 pagi dan berakhir 4 petang.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir. Di harapkan dengan adanya pertandingan tandas dan premis makanan bersih peringkat MBPJ ini dapat menjadi batu loncatan buat semua bagi memastikan persekitaran kita berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni.

 

Sehubungan itu juga, Pakai Industries Berhad turut dijemput bagi mewakili booth pameran untuk semua yag hadir. Pakai Industries juga tidak melepaskan peluang bagi berkongsi maklumat mengenai penjagaan tandas dan mempromosikan Dispenser Sabun Automatik dan Gel Pencuci Tandas. Hal ini kerana produk tersebut dapat membantu dalam memastikan tandas berada dalam keadaan bersih dan bebas dari bakteria.

Ribuan terima kasih diucapakan sekali lagi atas jemputan. Sehingga berjumpa lagi.